Memo

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar



















Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas baginda)adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
(Ini hanyalah petua dan bukan 100% benar)

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada
malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 hb September 2009.Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelas ICTL 1 Arif 2009







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih SMK Gudang Rasau


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2009

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SMK Gudang Rasau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelas ICTL 1 Amanah




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HUKUM-HUKUM MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha'
* Kedatangan haid dan nifas.
* Sakit yang membahayakan.
* Tersangat lapar dan dahaga.
* Dalam perjalanan.
* Pitam.
* Mabuk.
* Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
* Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.

2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.
* Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
* Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.

3. Tidak wajib qadha'.
* Kafir
* Kanak-kanak.
* Gila

4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.
* Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
* Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa

Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha' puasa:
- Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
- Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
- Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya sedangkan ada masa untuk berpuasa selepas sihat dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.

* Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertukaran Guru Antara Negeri

Laman web pertukaran guru antara negeri secara online bolehlah melayari laman web ini dan borang pertukaran guru antara negeri bagi guru-guru berjawatan secara offline bolehlah download disini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertukaran Guru eG Tukar




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelas ICT 1 Anggun 2009




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek Menyiapkan Kolam Ikan Sekolah






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS